Minta bantuan Interpol kesan Jho Low: Zahid

Editor's Pick

October 23, 2017, KUALA LUMPUR, 3 Safar 1439H, Isnin

 

Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

 

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan yakin Interpol akan bertindak secara profesional, meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM tidak menerima maklumat terperinci daripada organisasi itu.

 

“Kita yakin Interpol akan bertindak secara profesional cuma PDRM tidak dapat maklumat terperinci daripada Interpol.

 

“Apa yang dilakukan oleh pihak antarabangsa telah dimuktamadkan dan saya yakin kes ini tidak lagi relevan kecuali dibangkitkan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati,” katanya.

 

Malah, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memaklumkan bahawa Presiden Interpol baharu merupakan timbalan menteri keselamatan China.

 

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Azmin bertanya mengenai pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung usaha mendapatkan bantuan Interpol untuk membantu mengesan Jho Low membabitkan isu 1MDB.

 

Zahid: Request forwarded to Interpol to locate Jho Low


Credit: TheStarOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!