Berhibur bersama tauke judi: Bukit Aman arah anggota polis ditukar, lucut jawatan

Editor's Pick

October 23, 2017, BANGI, 3 Safar 1439H, Isnin

 

Tujuh anggota polis yang video mereka berhibur bersama tauke judi viral baru-baru ini dikenakan tindakan tata tertib.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, Bukit Aman sudah mengeluarkan arahan pertukaran baharu membabitkan pegawai dan anggota terbabit.

 

 

Katanya, pertukaran serta-merta itu membabitkan tujuh anggota termasuk seorang koperal yang dilucutkan jawatan detektif.

 

“Siasatan tata tertib sudah dijalankan dan dirumuskan serta tindakan akan diambil dalam masa terdekat.

 

“Mereka sudah diarahkan tukar ke lokasi dan formasi lain di seluruh negara oleh Bukit Aman,” katanya seperti lapor Berita Harian.

 

Tindakan tata tertib terhadap tujuh anggota polis itu susulan tular satu rakaman video berdurasi 9 saat itu yang memaparkan mereka berhibur di sebuah kelab hiburan bersama tauke judi.

 

Video itu dikongsi di akaun Facebook, dan kemudiannya dimuat naik di Youtube.

 

Klip itu dimuat naik selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mempunyai bukti seorang pegawai tinggi polis di Johor membantu tauke judi.

 

Polis Malaysia Berhibur Dengan Tauke Judi Dalam Karaoke, 7 Anggota Polis Disiasat




Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!