Harga runcit petrol, diesel naik 4 sen

Editor's Pick

Harga runcit petrol, diesel naik 4 sen

November 1, 2017

Harga runcit minyak mingguan naik lagi bermula tengah malam ini untuk tiga minggu berturut-turut sejak 19 Oktober lalu.

 

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, RON95 dan RON97 naik sebanyak 4 sen menjadikan kedua-dua produk berkenaan dijual dengan RM2.24 dan RM2.54 seliter.

Sementara diesel akan dijual RM2.17, turut mengalami kenaikan sebanyak 4 sen mulai 12.01 malam ini.

 

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 8 November depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

error: Content is protected !!