“Kenapa boleh U-turn macam itu?” soal Mukhriz pada Husni

Editor's Pick

 

2017-11-02 10:34:49, Keyakinan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa Malaysia mampu mencapai tahap sifar rasuah bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan tidak masuk akal.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, realiti sekarang Najib sendiri yang menunjukkan teladan buruk.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Program Sembang Santai Bersama Mukhriz di Wangsa Maju semalam.

Terdahulu Husni yang juga anggota parlimen Tambun dilapor sebagai berkata, berdasarkan kesungguhan, beliau yakin Malaysia akan mencapai tahap sifar rasuah bawah pentadbiran Najib.

 

Mukhriz turut mengkritik pendirian terbaru Husni yang sebelum ini dilihat secara lantang dalam isu 1MDB.

“Ini lebih meyedihkan lagi apabila seorang yang dulu kita lihat berprinsip, tapi dia buat pusingan 180 darjah,” kata Mukhriz.

 

 

CC By Malaysiakini.

error: Content is protected !!