Pemilik kena kompaun RM1,000 letak kenderaan atas padang

Editor's Pick

TERSEBAR gambar-gambar berkaitan sejumlah pemilik kenderaan yang setiap satu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana meletakkan kenderaan di atas padang Taman Indah Perdana, Kepong, Kuala Lumpur.

Kelihatan di dalam gambar, pelbagai jenis kenderaan termasuk lori, kereta, van dan pacuan empat roda diletakkan di lokasi padang tersebut.

Berdasarkan surat yang diterima oleh salah seorang pemilik kereta, kompaun berjumlah RM1,000 itu dikenakan mengikut Peruntukan Undang-undang Kecil Taman (MPS) 2006.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, di media sosial. Ada yang terkejut dengan jumlah kompaun yang disifatkan begitu mahal dan mencekik leher.

Namun segelintir lagi menyokong tindakan itu dan menganggap ia sebagai langkah pencegahan kerana perbuatan meletakkan kenderaan di atas padang dikatakan sesuatu yang melampau dan tiada kesedaran sivik.

 

Sumber: Milo Suam

error: Content is protected !!