‘Pengundi utamakan isu mata pencarian daripada isu kaum dan agama’

Editor's Pick

Walaupun majoriti rakyat Malaysia berkata isu-isu berkenaan kaum dan agama dekat dengan mereka, namun begitu pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) profesor madya Dr Marzuki Mohamad berkata isu-isu sedemikian kehilangan kepentingannya dalam pilihan raya.

Sebaliknya, beliau berkata isu-isu kenaikan kos hidup menjadi keutamaan keprihatinan orang ramai yang akan memberi kesan terhadap strategi pilihan raya BN.

“Dalam tahun 1990an dan 1980an, BN memikat hati pengundi dengan menyampaikan pembangunan.

“Tetapi kini kerana semua masalah dengan isu-isu kenaikan kos hidup, mereka tidak boleh lagi berharap dengan tahap penyampaian itu. Ekonomi teruk, jadi anda selaku pengundi misalnya akan bertanya kenapa perlu anda mengundi BN.

Marzuki berkata pada hari ini berlaku penekanan terhadap isu kaum dan agama yang dimainkan dengan giat bagi mengimbangi tahap penyampaian pentadbiran yang lemah.

Kenaikan harga barang

“Tetapi rakyat tidak begitu peduli mengenai kaum dan agama. Mereka lebih ambil berat berkenaan isu-isu mata pencarian,” beliau memberitahu wartawan di Petaling Jaya hari ini.

Beliau bercakap pada sesi panel perbincangan dalam majlis Malaysia Freedom Summit, anjuran badan pemikir Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) di Petaling Jaya.

Pada sesi itu juga Marzuki membentangkan penemuan kajian yang dilakukan rakan pensyarahnya di UIA pada bulan Julai lalu, melibatkan seramai 2,440 responden di seluruh negara.

Kajian itu mendapati seramai 94.1 peratus responden menyuarakan kepedulian terhadap isu kenaikan harga barang.

 

Sumber: Malaysiakini | 2017.11.19, 12:53 am

error: Content is protected !!