Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Kota Jeddah, Arab Saudi…

Editor's Pick

 

RIYADH, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi semalam mengakibatkan banjir kilat di kebanyakan jalan di Jeddah sehingga mengganggu aliran trafik.

Menurut portal Saudi Gazette, pusat meteorologi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz turut dipanah petir sehingga menyebabkan sebahagian peralatannya rosak.

Bagaimanapun, pejabat berkenaan dilaporkan masih beroperasi seperti biasa.

Sementara Perhubungan Awam Lapangan Terbang Jeddah, Turki Al-Deeb berkata, setakat ini tiada sebarang gangguan penerbangan berlaku.

Namun, hanya lima penerbangan ditunda kerana setengah penumpang dan anak kapal tidak dapat sampai ke lapangan terbang pada masa ditetapkan.

Talian bantuan Kementerian Dalam Negeri menerima lebih 10,000 panggilan dengan kebanyakan pemanggil bertanyakan laluan alternatif dan keadaan cuaca semasa.

– Agensi

error: Content is protected !!