Hudud bukan penyelesaian, kata pakar syariah

Editor's Pick

Muhammad Khalid Masud yang menasihati kerajaan Pakistan mengenai syariah berkata terdapat perbezaan antara bagaimana pakar undang-undang dan kumpulan agama menakrifkan hudud…

KUALA LUMPUR: Seorang pakar syariah berkata ramai yang memperkatakan tentang hudud sebenarnya tidak memahami maksud hudud sebenar, mahu pun maksud reformasi dalam Islam.

Bercakap kepada FMT, Dr Muhammad Khalid Masud, bekas ketua pengarah Institut Penyelidikan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan, berkata semasa membincangkan hudud, kebanyakan orang hanya berfikir yang seseorang itu akan menjadi lebih baik selepas menjalani hukuman.

Bagaimanapun, katanya, Islam tidak memperakui perubahan hanya menerusi hukuman.

“Ya, jenayah harus dijatuhkan hukuman tetapi reformasi masyarakat bukanlah menerusi hukuman semata-mata.

“Malahan, kajian moden menunjukkan, semakin kamu menjatuhkan hukuman kepada orang, semakin mereka mahu memberontak dan menjauhkan diri daripada kebenaran,” katanya.


Masud berkata seperti terdapat perbezaan antara bagaimana pakar undang-undang dan kumpulan agama menakrifkan hudud dan bagaimana Al-Quran dan hadis menakrifkan hudud.

 

“Masalahnya, pakar undang-undang dan agamawan hanya bercakap dalam istilah fiqh (teori atau falsafah undang-undang Islam), bukan dalam istilah Al-Quran atau hadis.

“Bagi mereka, hudud mempunyai maksud yang pasti tetapi dalam Al-Quran, mungkin terdapat maksud berbeza.”

Hudud menjadi topik hangat selepas rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pertama kali dibentangkan pada Mei tahun lepas.

Kebanyakan parti pembangkang dan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) juga menentang RUU itu, yang dilihat sebagai langkah memperkenalkan hukuman hudud di Malaysia.

Masud, yang juga bekas pengerusi Majlis Ideologi Islam di Pakistan yang memberi nasihat perlembagaan mengenai ketepatan sesuatu undang-undang dengan Islam, berkata, menuduh orang Islam yang menolak hudud sebagai melakukan perbuatan kufur adalah pendekatan salah kerana hal itu lebih kompleks daripada itu.

“Dasar terbaik adalah untuk mengadakan perbincangan awam tentang perkara ini dan untuk tidak membuat tuduhan seperti ini.

Membincangkan perkara ini patut dilihat buka sahaja memberi faedah kepada orang Islam tetapi untuk agama Islam juga.”

RUU oleh Hadi itu mahu menambah hukuman bawah Akta 355 kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000, dan 100 kali sebatan rotan.
Kini, hukuman maksima syariah dihadkan kepada 3 tahun hukuman penjara, RM5,000 denda, dan 6 sebatan rotan.

 

Sumber: FMT | November 28, 2017

error: Content is protected !!