TMJ, isteri buat lawatan mengejut ke tapak stadium baru JDT

Editor's Pick

 

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam mengadakan lawatan secara mengejut ke tapak staidum baru JDT di Iskandar Puteri, Johor malam tadi.

 

TMJ melawat pekerja-pekerja kontraktor di tapak pembinaan sambil mendengar penerangan tentang perkembangan pembinaan stadium berkenaan.

 

Ketika ini sedang giat untuk pembinaan ibu pejabat JDT serta beberapa pembinaan lain yang dilakukan siang dan malam.

 

Selain itu menurut laman rasmi JOHOR Southern Tigers terkini persediaan asa untuk tempat letak kerusi penonton sedang dilakukan sebelum proses menurap dengan simen dilakukan.

 

TMJ dilihat berpuas hati dengan lawatan tersebut yang mana pembinaan stadium dijangka siap awal tahun hadapan tetapi dilanjutkan hingga ke hujung tahun.

 

Pembinaan stadium ini dilanjut selepas terdapat perubahan struktur yang dilakukan TMJ bulan Feburari lalu.

Stadium Sultan Ibrahim Larkin menelan belanja sekitar RM 200 juta dan boleh memuatkan 45,000 penonton dalam satu masa dibina pada tanah berkeluasan 14.2 hektar.

 

Selain stadium hotel, pangsapuri, pusat membeli belah, padang ragbi, gelanggang teni dan futsal turut akan dibangunkan secara berperingkat di tanah 16.2 hektar.

 

Pada awal bulan ini video grafik stadium telah disiar yang mana ia menunjukkan ruang ketibaan pemain, bilik persalinan pemain, mixed zone, ruang media serta pejabat untuk peminat melihat keadaan stadium berkenaan apabila ia siap nanti.

 

Secara keseluruhan projek ini di bina dia atas tanah berkeluasan 28.3 hektar dengan teknologi dan bentuk yang cukup menarik dan bakal menjadi stadium terbaik di negera ini selepas ia siap nanti.

 

 

CC By KiniTV
Published on Dec 20, 2017
Category: News & Politics
License: Standard YouTube License

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!