Mohd Amar: Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi

Editor's Pick

 

Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai bayangan individu yang akan ‘ditugaskan’ untuk menjadi tukang potong bagi menjalankan hukuman melibatkan kes kecurian atau Sariqah mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 Pindaaan 2015.

 

Memetik laporan Astro Awani Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka adalah daripada kalangan doktor pakar memandangkan golongan itu mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan.

Bagaimanapun katanya kumpulan doktor pakar berkenaan masih belum dilantik memandangkan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Akta 355 masih dibahaskan di Parlimen

Tamba Mohd Amar lagi, kerajaan negeri sebelum ini telah melawat Aceh, Indonesia bagi melihat pelaksanaan hukuman kisas di sana dan berhasrat mempelajari kaedah pelaksaan hukum hudud tersebut di Qatar dan Arab Saudi memandangkan negara berkenaan melaksanakan hukum hudud secara professional.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta setiap tahun selepas Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac 2015, bagi menjalankan lawatan ke negara terbabit serta mengadakan seminar, bengkel dan kajian.

 

CC By KiniTV
Published on Jan 2, 2018
Category: News & Politics
License: Standard YouTube License




Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!