Tun M bakal diumum calon PM rasmi HARAPAN, menurut sumber

Editor's Pick

 

Pakatan Harapan dijangka akan mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menterinya yang rasmi pada konvensyen Pakatan HARAPAN, Ahad ini.

Memetik laporan Malaysiakini yang memetik sumber, dimaklumkan tiada kesepakatan sama ada Mahathir perlu dinamakan sebagai “perdana menteri sementara” atau tidak.

Seorang sumber peringkat tinggi mendakwa pengumuman itu tidak akan diteruskan jika konsensus berhubung soal itu gagal dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN Khamis ini.

Menurut sumber, tiga atau empat parti komponen HARAPAN bimbang tindakan menamakan “perdana menteri sementara” tidak akan memberi kesan yang diharapkan mereka.

Misalnya, ia tidak akan menonjolkan HARAPAN sebagai gabungan yang mampu menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil jika menang pada pilihan raya umum yang bakal menjelang.

Sumber mengatakan PKR berpendirian frasa “perdana menteri sementara” patut digunakan.

Sementara itu, seorang lagi sumber berkata butiran berhubung pengumuman Mahathir sebagai calon perdana menteri akan disemak semula dan diperkemas dalam mesyuarat majlis presiden.

Namun, sumber itu yakin parti tersebut akan menetapkan pendirian mereka sebelum mesyuarat Khamis ini, yang akan diadakan di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya.

 

CC By KiniTV
Published on Jan 2, 2018
Category: News & Politics
License: Standard YouTube License

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!