Nik Omar mahu teruskan legasi pendidikan ayahanda

Editor's Pick

 

KiniTV
Published on May 1, 2018

Calon DUN Chempaka Nik Omar Nik Abdul Aziz ingin meneruskan perjuangan legasi pendidikan yang ditinggalkan ayahandanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat, untuk membina sebuah universiti yang digelar Universiti Al-Quran, di Kelantan.

Walaupun hasrat tersebut tidak sempat dibuat Nik Abdul Aziz, kata Nik Omar, perjuangan itu akan diteruskan sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat memerintah Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 9 Mei depan.

Antara legasi pendidikan yang ditinggalkan Nik Abdul Aziz adalah Maahad Tahfiz Pulai Chondong dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Category
News & Politics
License
Standard YouTube License

error: Content is protected !!