TMJ: Ini betul-betul gila! Cadangan had umur perkahwinan perempuan kpd 14tahun

Editor's Pick

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap cadangan menurunkan had umur minimum perkahwinan seorang perempuan kepada 14 tahun sebagai satu tindakan yang gila.

Di Twitternya, Tunku Ismail yang mempersoalkan cadangan tersebut berkata ia juga sebagai tindakan tidak masuk masuk akal.

Kenyataan Tunku Ismail itu sebagai respon terhadap Mufti Sabah berkenaan menurunkan had umur minimum perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, cadangan itu perlu dirujuk bersama dengan pihak lain yang lebih arif dalam bab keagamaan.

KiniTV
Published on Sep 24, 2018
Category: News & Politics

error: Content is protected !!