Najib pulang, Irwan Serigar bermalam di lokap SPRM

Editor's Pick

Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah akan ditahan semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan kes pecah amanah, kata sumber-sumber.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pula dibebaskan dengan jaminan SPRM dan meninggalkan bangunan agensi antirasuah tersebut kira-kira jam 5 petang tadi.

Difahamkan kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk berdepan pendakwaan berkaitan rundingan 1MDB dengan syarikat Abu Dhabi nternational Petroleum Investment Company (IPIC), kes berkaitan BR1M dan dana pencen.

Keseluruhan dana yang didakwa disalah guna berjumlah sehingga RM6 bilion.

“Dana-dana itu didakwa digunakan untuk membayar hutang 1MDB,” kata sumber.

Sumber juga mengesahkan Mohd Irwan ditahan SPRM kira-kira jam 3.35 petang ini.

Berita: Malaysiakini | 24 Okt 2018

error: Content is protected !!