Bayi perempuan ditemui dalam beg pakaian

Editor's Pick

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam beg pakaian di hadapan rumah di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada seorang lelaki pada pukul 1.34 petang.

“Anggota kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan, dan pemeriksaan ke atas bayi yang dilakukan pasukan perubatan mendapati bayi itu masih hidup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamzah berkata bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.

Berita: Bernama | Malaysiakini | 2019.01.09

error: Content is protected !!