MP Baling ditahan SPRM, bakal didakwa esok

Editor's Pick

Bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Anggota parlimen Baling dan pemimpin Umno berprofil tinggi itu hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya menjelang jam 3 petang tadi.

Sumber yang dekat dengan siasatan itu mengesahkan Abdul Azeez ditahan sebelum dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan rasuah.

“Difahamkan beliau menerima wang rasuah daripada ramai kontraktor bagi membolehkan mereka memperoleh projek kerajaan,” kata sumber berkenaan.

Untuk rekod Abdul Azeez ialah presiden Kelab Putra 1Malaysia.

Pada Sept tahun lalu Azeez dan abangnya pernah ditahan reman selama empat hari oleh SPRM bagi membantu siasatan.

Anak lelaki Azeez juga ditahan reman selama sehari pada Okt 2018.

SPRM pernah merampas wang tunai bernilai RM500,000 selain mata wang lain – bernilai kira-kira RM1.2 juta – dari kediaman Azeez.

Menurut Bernama serbuan itu dibuat bagi membantu SPRM menyiasat mengenai pelantikan kontraktor melibatkan pelbagai projek Tabung Haji.

Berita: Malaysiakini | 2019.01.15




error: Content is protected !!